Syarikat GPSM Holding Berhad telah ditubuhkan pada 10 Mac 1983 untuk merealisasikan visi mantan Pengerusi Eksekutif dan beberapa lagi pengasasnya yang terdiri daripada pemilik dan pengusaha sekolah memandu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Selangor.
Mereke membayangkan sebuah syarikat sebagai salah satu “kuasa pelaburan” yang mampu menjadi payung kepada pemilik-pemilik dan pengusaha sekolah memandu untuk menyumbang ke arah transformasi ekonomi negara dan pembangunan ekonomi pada ahlinya.
Dipimpin oleh sekumpulan pemilik dan pengusaha sekolah memandu yang berjaya dan arif di dalam bidang tersebut, Syarikat GPSM Holding Berhad dianggap sebagai sebuah syarikat yang menguntungkan, inovatif, pelbagai dan mampan di Malaysia yang melabur secara aktif dipelbagai sektor industri.
Sebagai sebuah syarikat pelaburan perintis di Malaysia, Syarikat GPSM Holding Berhad secara aktif memelihara dan menggunakan modal dengan integriti dan kepintaran untuk terus menyokong kepelbagaian ekonomi melalui pelaburan dan inovasi perniagaan dalam sektor strategik, mewujudkan nilai berkekalan untuk ahlinya.
Dengan memberi tumpuan kepada industri yang inovatif, peneraju industri, pertumbuhan tinggi, Syarikat GPSM Holding Berhad melabur dalam industri latihan pemanduan, hartanah, dan perkhidmatan lain yang mampu menjana keuntungan. Pendekatan pelaburan Syarikat GPSM Holding Berhad mengutamakan perkongsian dan kerjasama dengan syarikat dan pemain industri terkemuka dan komitmen terhadap standard tadbir urus tertinggi.
Sejak penubuhannya, Syarikat GPSM Holding Berhad telah berjaya mengekalkan pembayaran dividen kepada lebih 80 ahlinya pada kadar yang sangat kompetitif.
Syarikat GPSM Holding Berhad dibarisi oleh 4 orang Pengarah dan 1 orang Pengerusi Eksekutif.
Lot 354 Jalan Merbok, Batu 10 Jalan Cheras, 43200 Kajang, Selangor.
Telefon: 03-9075 8445 | E-mel: info@gpsm.my
© 2024 Syarikat GPSM Holding Berhad | No. Pendaftaran Syarikat: 198301003319 (98503-W)